My daughter at Tesselaar Tulip Festival, Melbourne
Composition adalah sesuatu perkara yang perlu kita tahu untuk membuatkan gambar yang kita ambil tu tak kelihatan boring dan tak mengantuk...hehhee...Antara salah satu caranya adalah dipanggil Rule of Thirds. Ia adalah sesuatu yang basic yang patut kita tahu....Ia nya macam ni, tengok contoh seperti di atas. Terdapat 2 garisan melintang dan menegak. Membuatkan ia ada 9 bahagian. Ada 4 titik bersilang di situkan? So, di 4 titk itulah adalah merupakan pilihan untuk kita letak subjek/ image/ focal point yang strong...
Seperti gambar di atas, saya meletakkan muka anak saye tu dititik bersilang sebelah kanan atas...Bukan kaedah itu saja, kita juga diberi 4 ' lines ' yang berguna untuk kita letak image / subjek utama kita...
Secara teorinya, image yang kita letak di titik bersilang atau di sepanjang garis itu akan membuatkan ia kelihatan more naturally dan more balanced. Ini kerana, studies telah menunjukkan bahawa mata manusia ni tidak akan kaku, dan lebih active bila melihat image yang berada di titik2 itu. So, perasaan kita akan lebih happy dan tak boring... Kita ambil contoh gambar pasport. Di letakkan di tengah2 frame. Macam mana kita nampak? Kaku dan boringkan? Itulah sebabnye.........
3 comments:
Taniah sifu....Tip n rule ni paling penting yg pengemar2 baru DSLR tak tau....basic rules for starting...harap ramai dapat manafaat dari blog sifu Din ni....keep it up sifu...harap2 byk lai tips n rule n technique yg menarik akan kuar....hehehehe
Thanks...Zakieo..InsyaAllah
Post a Comment