Dalam beberapa keadaan, Auto Focus mode boleh juga jadi keliru, terutamanya dalam keadaan cahaya yang kurang ( low light ) / low contrast atau pun dalam keadaan/ scene di mana susun atur/ patterns yang complex. Camera kita susah nak focus yang mana satu...
Jadi, sekiranya ia terjadi, kita perlu switch ke manual focus. Kebanyakan lense dan body camera akan ada switch Af - M seperti gambar di atas. Manual Focus juga amat berguna sekiranya kita hendak capture gambar yang terlalu dekat ( extreme close-up ). Dengan menggunakan manual focus, ia akan membantu photographer untuk focus subject tu dengan tepat...
Manual focus juga amatlah berguna sekiranya kita mahu capture gambar landscape..seperti sunrise ataupun sunset .. Ini untuk mengelakkan gambar kita dari menjadi kabur/ blur. Yang ni, InsyaAllah kita akan discuss pada post-post yang akan datang..