Kali ni, Deen nak kongsi satu tips berkenaan portraits pada waktu malam yang berlatar belakangkan City Lights.... Maksud city lights ni...sebagai contoh bangunan- bangunan tinggi yang bercahaya...dan yang seumpamanye...Kalau tengok post Deen yang lepas, ada gambar pasal shoot waktu malam, yang ada bangunan-bangunan tinggi yang bercahaya...Antara contoh, seperti gambar itulah...Cuma, yang menjadi persoalan dari penggemar-penggemar DSLR adalah, cam mana nak shoot portraits dengan background city lights waktu malam di dalam keadaan cahaya yang kurang... ...Ini adalah soalan yang kerap di tanya...,
*** Kenapa gambar portrait saje yang cerah tetapi gambar city kat belakang jadi gelap kalau saya guna flash? Kalau tak gune flash, subjek portrait tu pulak gelap...background pulak yang cerah.... Macam mane tu..?
Ini caranya:
Cara pertama kita boleh cuba dengan naik kan ISO ( lihat post yang lepas ). Tapi kadang-kadang, walaupun kita naikkan ISO, shutter speednya masih tak memadai lajunya atau aperture tu tak berapa sesuai untuk membuatkan portraits dan background tu sharp.
Cara kedua( the best !! ) adalah dengan menggunakan flash." Ape!! Flash lagi?!!! ", jangan panik..hheheheh. Tapi ia lain kaedahnya...
Kaedah ini akan menggabungkan a burst of flash with a long shutter speed. Kelebihan ini adalah dipanggil ' slow- synch' flash technique. Ia mudah di set up pada kita punya DSLR dan menjadi hasilnya dengan menggunakan camera's built-in flash unit ( flash yang dah sedia ada atas kamera tulah..)...
Long shutter tu tak lah bermaksud sampai 10 sec, 20 sec....Ini memadai untuk ambil portraits..Contohnya selaju 1/2 sec...
Kita perlu menggunakan AV mode dengan flash di set up ke slow-synch . Ini amat perlu dan bagus hasilnya for street portraits waktu malam...
Flash itu sendiri akan membuatkan, subject ( portraits ) kat depan akan cerah dan pada masa yang sama, long shutter speed berlaku, yang membuatkan city lights yang menjadi background kita tu akan cerah juga...
Just press pada button seperti gambar di atas. Setakat yang saya tahu, button seperti ini ada pada nikon dan canon ).Selain dari jenis itu , kita perlu masuk dalam menu...Dan pilih simbol seperti di bawah yang ada gambar panah ke bawah dan perkataan slow....
Kalau ade perkara yang masih keliru, jangan malu..., jangan segan.., tanye je.....InsyaAllah saya akan bantu......
1 comment:
tahniah kerana berusaha berkongsi ilmu.. semoga terus diberkati..
Post a Comment