Welcome...

Dia Kekasih Allah

Friday, February 11, 2011

Understand your DSLR's metering modes

Assalamualaikum..dan  selamat pagi....Maaf kerana lambat sikit nak update saya punye blog ni.....kerana kurang sihat sikit.....Tapi, InsyaAllah saya akan lakukan sebaik yang termampu untuk sahabat sekalian.

Kali ni, InsyaAllah Deen akan berkongsi sedikit berkenaan dengan metering. Ramai di kalangan kita tidak mengetahui akan fungsi metering ni.Termasuklah saya waktu dulu-dulu.....Metering akan menentukan bagaimana camera kita sets exposure/ sets cahaya... Tak kiralah ape jenis camera pun kita guna...Canon ke, Nikon ke, Sony ke, Pentax ke...Olympus ke...Yang penting konsep nye  semuanye same sahaja....Di sini, saya nak cerita mudah-mudah je bagaimana setiap mode  itu bekerja..

 Gambarajah di atas adalah 4 jenis metering modes yang camera kita ada...Warna merah tu adalah kawasan yang kita meter/ sets cahayanya..


First, kita discuss pasal evaluative metering mode.
( Kalau pada Nikon Dslr, dipanggil 3D colour matrix. Konsepnya sama je )

Kalau kita tergesa-gesa ataupun nak cepat....atau tak ade masa untuk fikir pasal exposure ni..Anak menangis ke.....ape ke...., mode ini adalah mode yang sesuai... Ia lebih flexible dari mode yang lain...Mode ni ia akan meter cahaya dalam kawasan yang luas/ dari semua arah..Lihat warna merah pada gambarajah di atas. Itu kawasan yang kita sets exposurenya atau meter cahayanya. Ia akan  sets exposure dengan melihat dari sumber kecerahan, colour, jarak dan composition untuk results yang natural dan exposure yang terbaik..TAPI, jangan kita anggap mode ni akan selalu dapat result yang baik. Ini kerana, dalam cahaya yang begitu extreme, kita mungkin masih perlu mengubah Exposure Compensation manually...Masalah yang biase kita hadapi ialah gambar jadi gelap atau cerah.....So, adjust Exposure Compensation itu.. InsyaAllah, ia dapat membantu..


Partial / Spot metering mode    


Seterusnya, partial dan spot metering mode. Deen letakkan ia bersama kerana ia lebih kurang sama fungsinya. Metering ini akan meter cahaya pada kawasan yang lebih specific atau lebih tertumpu di tengah-tengah frame. So, kita akan  dapat mengawal akan exposure itu. Untuk kita mudah faham, Deen bagi contoh macam ni, mudah je:

Ada satu batu yang terpacak atau berdiri di depan kita. Kita nak ambil gambar batu tu yang mana di belakang batu tu ada cahaya yang agak terang ( backlit shot ). Biase-biasenya kalau kita ambil gambar dalam keadaan macam tu, kesannya, subject/ foreground tu akan jadi gelap ( underexposure ). Tak kiralah orang ke, binatang ke...dan banyak lagi lah... Jadi, caranya, switch je dari evaluative mode ke partial atau spot metering mode. Dengan ini, kawasan yang kita control cahaya tu jadi kecil iaitu hanya pada batu sahaja. Jadi, cahaya di belakang batu itu tidak akan mempengaruhi kesannya..dan kita akan mengekalkan all the details...Partial dan spot metering ni adalah pilihan terbaik apabila cahaya di sekeliling kita yang kadang-kadang tidak menentu... Gelap ke...cerah ke...Its the best choice!!


Centre- Weighted metering mode      

Ia sama je  konsepnya dengan partial / spot metering. Cuma metering mode ni tak lah tertumpu atau specific macam partial / spot metering. Centre- Weighted metering ni kawasan meteringnya lebih luas berbanding dengan partial dan spot ( lihat colour merah pada gambarajah di atas ). Jadi, kalau main subject terletak hampir dengan centre of the frame, this mode is useful.