Welcome...

Dia Kekasih Allah

Sunday, January 30, 2011

Cityscape photography at night

Brisbane City at night



Ramai di kalangan rakan kita bertanyakan tentang bagaimana nak ambil gambar waktu malam. Apa mode yang sesuai? Apa accessories DSLR yang diperlukan? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang bermain-main di kepala.

Gambar di atas adalah contoh cityscape photography at night. Exposure mode yang saya guna adalah AV / Aperture- priority.Kenapa AV? Saya guna AV adalah kerana saya mahu control sharpness. Ini kerana, bagi sesiapa yang suka pada landscape photography, sharpness adalah sesuatu yang paling penting. Kita perlu pastikan foreground ( objek2 yang ada kat depan, contoh batu, kayu, pokok kecil dan lain2 ) dan background( kebanyakannya objek utama ), semuanya dalam keadaan sharp.

Begini, semakin besar nombornya( eg: f 16, f 22 ), semakin kecil aperturenya dan semakin tinggi sharpnessnya. Maksudnya, ( more depth of field / foreground & background lebih sharp/ keeping more of the image in focus ) (sesuai untuk landscape ). Terbalik keadaannya jika di set sebaliknya... Jadi, di sini saya mahu bongkarkan satu tips rahsia. Kalau landscape atau cityscape seperti gambar di atas yang TIDAK mempunyai foreground, gunalah f 11. Kalau gambar yang mempunyai foreground, gunalah f 16.

Apabila kita besarkan nombor Aperturenya, secara automatik shutter speednya menjadi perlahan. Sebab itulah kita perlu gunakan tripod untuk mengelakkan ia menjadi blur. Cityscape di atas, shutter speednya 30 sec. Shutter speed yang perlahan akan membuat langit menjadi lebih cantik atau lebih dramatik. Reflection/ pantulan cahaya akan lebih terserlah.

Untuk landscape photography waktu malam, the best time untuk ambil gambar adalah sewaktu langit masih biru ataupun awan masih kelihatan.

3 comments:

Anonymous said...

gd job

Anonymous said...

deen, kalu nak ambik gambar malam seperti cth gambar city yg deen tunjuk tapi nak ada orang/object kat foreground macam mana...
amir

Deenganu said...

Salam....Amir, Amir mane satu ni ek...heheh. Amir ganu ke? Ape2 pun Insya Allah Deen akan jawab dalam post yang terbaru ni....Sebab soalan ni adalah merupakan soalan yang kerap ditanya oleh penggemar2 slr termasuklah saya sewaktu ketika dahulu..hehheh....
I will try my best....Wassalam