Welcome...

Dia Kekasih Allah

Friday, January 28, 2011

Selamat datang ke blog Deenganu Photography

Australian Open Tennis Championships 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih banyak-banyaklah kepada anda semua yang sudi luangkan masa untuk membaca blog Deenganu ni. Saya yakin dan percaya rakan-rakan pembaca inginkan informasi-informasi tentang photography dari blog ini. Saya akan cuba sedaya yang termampu untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberi sokongan dan kekuatan untuk saya menulis blog ini.

Sebelum kita sama-sama bergerak lebih jauh lagi, saya rasa lebih baik saya kenalkan diri saya dahulu kepada rakan-rakan semua. Kerana kata orang " tak kenal, maka tak cinta"....

Nama diberi Khairudin Yusof. Tetapi lebih dikenali, lebih senang dan lebih handsome ( hehehe ) dipanggil Deenganu. Deenganu asalnya bahasa Sepanyol...Eh!! Silap...Deenganu ni hasil gabungan Deen dan Terengganu. Maka jadilah Deenganu....

Bermulanye saya dalam dunia photography ni sewaktu saya datang ke bumi Australia. Ikut isteri tersayang melanjutkan pelajaran di Melbourne. Dari tahun 2006-2008, saya melihat, banyak tempat-tempat yang mengujakan jiwa saya di Australia. Saya perasan, ramai kenalan saya di Melbourne memakai Dslr. Pada waktu tu, perkataan Dslr pun saya tak tahu, ape ke bende tu.....? Tetapi setelah melihat hasil nye yang cukup cantik, terdetik di hati saya untuk mengetahui tentang dunia itu...

Pada awal tahun 2008, saya dan isteri pulang sekejap ke Malaysia kerana isteriku mengidam untuk makan kerepok lekor.hahaa ( mengandung anak pertama ). Pada masa itu juga saya membeli DSLR pentax K-10D. Ini adalah DSLR pertama dalam hidupku.

Setelah berbulan-bulan menggunakannya, saya masih ditahap yang sama. Ada DSLR pun, macam tak ada. Kadang-kadang, dalam seminggu tu, tak disentuhnye langsung...ish..ish..ish...

Pada satu hari, saya menghampiri satu kelompok yang sedang bercakap-cakap pasal DSLR. Saya ade terdengar sorang tu yang memang pandai pasal camera berkata, " Ko kalau ade camera DSLR, tapi hasilnye macam pakai camera handphone je, baik jangan pakai". Sejak saya dengar ayat itulah, memberikan saya satu motivasi untuk saya belajar dan terus belajar dari mereka yang pakar. Yang terbaru, saya baru sahaja mengikuti kelas photography dari seorang yang pakar dalam landscape photography di Australia. Dia adalah yang terbaik di antara yang terbaik landscape photographer di Australia. Ape yang saya belajar darinye? Semuanya saya akan ceritakan dalam blog ini.

Itu saja, buat permulaan perkenalan kita. Tak perlu panjang-panjang. Yang penting kita buat. Just do it!. Ape yang tertulis dalam blog ini hanya sekadar perkongsian ilmu yang diberi pinjam buat sementara sahaja. Kerana saya dapat rasa, lagi banyak saya curahkan ilmu, lagi bertambah kekuatan saya untuk terus melangkah ke arah kejayaan...Saya harap, kita sama-sama mendapat faedahnye...InsyaAllah......


Salam kenalan,
deenganu

6 comments:

walid johorian said...

Salam, dah ada blog, good2 boleh aku cedok tips dari ko, muehehehee.....

Deenganu said...

Wah...blog saya ni belum dirasmikan lagi....Cam mane ko dapat cari....?hehehe..

Anonymous said...

salam. good idea deen sbb createkn blog ni. Ble la org2 yg malas mcm aku bljaq skit2 psl ilmu DSLR ni. Insyallah,lbh bnyk ilmu yg kta kongsikan dgn org,lebih bnyk ilmu yg kita akn dpt...chaiyokkk...

Naguib said...

Abg Deen, siapa nama guru abg deen tuh.. nak juga enroll kelas dia.. bagi contact detail company dia leh x?
hehe thanks

Alil said...

A'kum abg deen..saya khalil adik kepada abg fauzi..saya mmg mengikuti blog abg deen..diharapkan abg deen dpt explain ttg basic photography spt apa itu ISO, shutter speed dan sbgainya sbb kami yg amatur nilah akan byk mengikuti blog abg Deen

Deenganu said...

Thanks for all comment...Kamal: boleh ajaaa

Naguib : Nama dia Mark Gray...Try search dalam google...

Alil : Thanks a lots...InsyaAllah...