Welcome...

Dia Kekasih Allah

Tuesday, March 8, 2011

Action shots

Assalamualaikum.....sahabat.. Kali ni, Deen nak berkongsi sedikit ilmu iaitu cara mengambil gambar yang bergerak / action shots atau dengan kata lain " fast moving object "...:D. Di sini, Deen bagi cara yang mudah dan ringkas je...Yang penting, ape yang kita nak capture tu dapat...! Contohnya seperti orang naik basikal, kereta ke, orang berlari ke...dan yang sama waktu dengannye..:D

Antara soalan yang biase sahabat-sahabat kita tanya ialah :

" Saya nak start shooting action photos, tapi macam mana kita nak buatkan gambar seperti orang berlari ( anak-anak yang asyik berlari je..susah betul! hehehehe.), orang berbasikal dan  juga kereta seolah-olah kelihatan bergerak laju... Bagi tips sikit.........."

Nampak macam susah kan? Tapi, InsyaAllah Deen akan terang satu persatu .....

###   Caranya di panggil panning

 Panning ni, maksudnye kita ambil gambar dengan cara kita mengikut subject yang bergerak tu....dari kiri ke kanan atau sebaliknya... Ini untuk membuatkan subject tu nice and clear but background nye kelihatan blur....

TAK FAHAM........!! Ok, Deen bagi exercise yg cukup simple ......Letak satu jari di hadapan kepala kita.......Tutup satu mata dan tengok jari tu sambil kita gerakkannye kiri ke kanan atau kanan ke kiri.... Jari tu akan clear dan belakangnye blur...
Itulah maksudnye......                                                                                 





LENS yang cukup cantik untuk shots ni adalah long lens...Contonya 200mm...Kenapa? Kerana kita nak bagi subject tu full in frame. Kalau wide angle, kurang sesuai sikit kerana subject tu nampak jauh  dan subject tu nampak kurang sharp... Cuba kita test dengan cara exercise yang Deen bagi tadi...Try ubah jarak jari kita.....InsyaAllah...kita akan nampak jari yang jaraknye dekat ( wide angle ) nampak blur ( kerana jarak lens dengan subject lebih dekat ) dan yang jauh ( long lens ) kelihatan sharp...

Terdapat 6 langkah.....
1) Guna  shutter mode ( tv / s )
2) Guna slow shutter speed....
    - Iaitu lebih kurang 15 atau pun 30.. Kalau laju sangat seperti 500 atau 1000 , ia akan freeze the action dan background pun akan jadi sharp... Kalau kita kena ambil gambar kereta lumba formula one pulak, mungkin kita naikkan sikit kelajuannye....Kita perlu cuba dan cubalah....

3) Guna Continuous Auto focus mode ( Nikon ) / Al Servo ( Canon )
    -Kalau kita pakai Single shoot / One shoot Autofocus mode, ia akan lock focus pada subject tu..Tapi bila subject tu bergerak, ia akan out of focus....kerana kita pakai single/ one shoot af mode..So, ubah pada continuous af mode/ Al Servo untuk kita continuous focus the subject.

4)Guna Center Autofocus point area.
    - Why? Kerana ia adalah the fastest autofocus point in camera..
    - Target kita berada di tengah-tengah...So, kita frame subject tu supaya berada di tengah. Nice target...Mudah dan tepat...

5) Shoot bila subject tu berada directly depan dengan kita ( to perfect panning ). Tapi untuk langkah paling selamat, kita mula shoot subject tu sebelum sampai directly depan kita dan selepasnya ..Lepas tu, pilih shot yang terbaik....! Pastikan sewaktu panning tu, ia perlu smooth......tak ade batuk2 atau bersin ke...dan yang seumpamanye..hehehe

6) Set to continuous Drive Mode....
    - Maksudnya yang snap banyak-banyak tulah....Macam gun tu...Kalau boleh set yang paling cepat....8 frame per sec ke...,9 fps  ke....10 fps.....ke...So....kita tak akan terlepas setiap aksi yang berlaku........

** Deen harap point ni dapat membantu kita semua..InsyaAllah

Deenganu Photography Logo

Assalamualaikum sahabat sekalian...Diharapkan semua dalam keadaan sihat sentiasa bersama family tersayang...Di sini, Deen nak bagi makluman sikit kepada sahabat di mana Deenganu Photography punya logo dah siap dah.hehehe.Alhamdulillah...Biase-biase  dan ringkas..je...Tapi yang penting, orang mudah nak ingat...InsyaAllah...Logo ni telah direka oleh sahabat saya iaitu Abg Sham ( designer ) yang sekarang ni sedang melanjutkan pelajarannye di Melbourne, Australia ( PhD )...Thanks a lots Abg Sham...Logo ni terbentuk hasil gabungan D - Deen dan G - Ganu ( Terengganu ). Apabila bergabungnye D dan G tu maka, terbentuklah sebuah Dslr......Alhamdulillah.....