Welcome...

Dia Kekasih Allah

Friday, March 4, 2011

Just back from camping....." Venus Bay, Victoria Australia "

Assalamualaikum....
Maaf, sahabat sekalian...Saya membuat sahabat sekalian tertanya-tanya, mana deen ni.....heheehe
Deen sekeluarga sebenarnya baru pulang dari camping di venus bay... InsyaAllah Deen akan bersama para sahabat sekalian....Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu camping tersebut.....
 
 



  

  








Sunday, February 20, 2011

Composition - Foreground interest

Twelfth Apostle Great Ocean Road

 Dalam landscape photography, subject yang ada pada bahagian depan ( foreground ) adalah sesuatu yang sangat penting. Ini untuk kita create depth in a photograph. Untuk mudah cerita, macam ni lah...A strong forgeround ni boleh diibaratkan seperti pintu masuk / pintu gerbang untuk ke suatu tempat. Pintu masuk/ pintu gerbang yang cantik, menarik dan tertarik ...ni..., akan menarik perhatian si pengunjung untuk masuk ke dalam.

Contoh gambar di atas yang saya tangkap dekat Great Ocean Road ni, kalau kita lihat subject utama sebenarnya batu yang kat belakang tu, tapi saya masukkan sekali tempat laluan jalan kaki kat bahagian depan. Sebabnya, first, untuk create an 'entry-point' for the eye, seterusnya membawa kita ni, seolah-olah masuk ataupun berada sendiri  kat dalam gambar tu yang mana kita sedang menuruni tangga tu menuju ke batu tu....

Ia juga  akan memberi sesuatu gambar tu ada distance dan scale bagi mengelakan mata kita ni dari mati tak bergerak iaitu tertumpu pada satu point je...Kalau ini terjadi, gambar itu akan nampak boring .....

Wide-angle lens akan memudahkan kita untuk memasukkan strong foreground ke dalam gambar...Tapi, kadang-kadang, ia akan membuat gambar kita ada ruang kosong kat tengah-tengah...Nampak tak cantik pulak...So, CARANYA, kita  shoot dari angle yang bawah....Turunkan kamera sikit dengan badan dan lutut sekali....Tak apenye, kotor seluar sikit2 hehhehe. Ini untuk kita compress the middle distance. So, ruang kat tengah2 tu tak lah banyak sangat....

Guna small aperture dan focus carefully untuk kita maximise depth-of-field bagi membuatkan foreground , background  dan kesemuanye dalam keadaan focus......InsyaAllah...

Wednesday, February 16, 2011

Monday, February 14, 2011

Manual Focus Mode

 


Dalam beberapa keadaan, Auto Focus mode boleh juga jadi keliru, terutamanya dalam keadaan cahaya yang kurang ( low light ) / low contrast atau pun dalam keadaan/ scene di mana susun atur/ patterns yang complex. Camera kita susah nak focus yang mana satu...

Jadi, sekiranya ia terjadi, kita perlu switch ke manual focus. Kebanyakan lense dan body camera akan ada  switch Af - M seperti gambar di atas. Manual Focus juga amat berguna sekiranya kita hendak capture gambar yang terlalu dekat (  extreme close-up ). Dengan menggunakan manual focus, ia akan membantu photographer untuk focus subject tu dengan tepat...

Manual focus juga amatlah berguna sekiranya kita mahu capture gambar landscape..seperti sunrise ataupun sunset ..  Ini untuk mengelakkan gambar kita dari menjadi kabur/ blur. Yang ni, InsyaAllah kita akan discuss pada post-post yang akan  datang..


Sunday, February 13, 2011

The Sand Sculpture Festival Frankston










Assalamualaikum dan selamat petang... Semalam Deen dan family pergi jalan-jalan di Frankston. Antara tempat yang kami singgah adalah di Sand Sculpture Festival....Subhanallah...cantik sangat..Ini antara  gambar-gambarnya.....

Friday, February 11, 2011

Understand your DSLR's metering modes

Assalamualaikum..dan  selamat pagi....Maaf kerana lambat sikit nak update saya punye blog ni.....kerana kurang sihat sikit.....Tapi, InsyaAllah saya akan lakukan sebaik yang termampu untuk sahabat sekalian.

Kali ni, InsyaAllah Deen akan berkongsi sedikit berkenaan dengan metering. Ramai di kalangan kita tidak mengetahui akan fungsi metering ni.Termasuklah saya waktu dulu-dulu.....Metering akan menentukan bagaimana camera kita sets exposure/ sets cahaya... Tak kiralah ape jenis camera pun kita guna...Canon ke, Nikon ke, Sony ke, Pentax ke...Olympus ke...Yang penting konsep nye  semuanye same sahaja....Di sini, saya nak cerita mudah-mudah je bagaimana setiap mode  itu bekerja..

 Gambarajah di atas adalah 4 jenis metering modes yang camera kita ada...Warna merah tu adalah kawasan yang kita meter/ sets cahayanya..


First, kita discuss pasal evaluative metering mode.
( Kalau pada Nikon Dslr, dipanggil 3D colour matrix. Konsepnya sama je )

Kalau kita tergesa-gesa ataupun nak cepat....atau tak ade masa untuk fikir pasal exposure ni..Anak menangis ke.....ape ke...., mode ini adalah mode yang sesuai... Ia lebih flexible dari mode yang lain...Mode ni ia akan meter cahaya dalam kawasan yang luas/ dari semua arah..Lihat warna merah pada gambarajah di atas. Itu kawasan yang kita sets exposurenya atau meter cahayanya. Ia akan  sets exposure dengan melihat dari sumber kecerahan, colour, jarak dan composition untuk results yang natural dan exposure yang terbaik..TAPI, jangan kita anggap mode ni akan selalu dapat result yang baik. Ini kerana, dalam cahaya yang begitu extreme, kita mungkin masih perlu mengubah Exposure Compensation manually...Masalah yang biase kita hadapi ialah gambar jadi gelap atau cerah.....So, adjust Exposure Compensation itu.. InsyaAllah, ia dapat membantu..


Partial / Spot metering mode    


Seterusnya, partial dan spot metering mode. Deen letakkan ia bersama kerana ia lebih kurang sama fungsinya. Metering ini akan meter cahaya pada kawasan yang lebih specific atau lebih tertumpu di tengah-tengah frame. So, kita akan  dapat mengawal akan exposure itu. Untuk kita mudah faham, Deen bagi contoh macam ni, mudah je:

Ada satu batu yang terpacak atau berdiri di depan kita. Kita nak ambil gambar batu tu yang mana di belakang batu tu ada cahaya yang agak terang ( backlit shot ). Biase-biasenya kalau kita ambil gambar dalam keadaan macam tu, kesannya, subject/ foreground tu akan jadi gelap ( underexposure ). Tak kiralah orang ke, binatang ke...dan banyak lagi lah... Jadi, caranya, switch je dari evaluative mode ke partial atau spot metering mode. Dengan ini, kawasan yang kita control cahaya tu jadi kecil iaitu hanya pada batu sahaja. Jadi, cahaya di belakang batu itu tidak akan mempengaruhi kesannya..dan kita akan mengekalkan all the details...Partial dan spot metering ni adalah pilihan terbaik apabila cahaya di sekeliling kita yang kadang-kadang tidak menentu... Gelap ke...cerah ke...Its the best choice!!


Centre- Weighted metering mode      

Ia sama je  konsepnya dengan partial / spot metering. Cuma metering mode ni tak lah tertumpu atau specific macam partial / spot metering. Centre- Weighted metering ni kawasan meteringnya lebih luas berbanding dengan partial dan spot ( lihat colour merah pada gambarajah di atas ). Jadi, kalau main subject terletak hampir dengan centre of the frame, this mode is useful.

Thursday, February 10, 2011

How to shoot flower photography



Untuk mengambil gambar bunga, kita tak perlu menunggu sehingga kita menjadi professional photographer. Tak kiralah samaada bunga tu di halaman rumah kita ke ataupun sewaktu kita travels. Di sini terdapat beberapa tips yang Deen ingin kongsikan kepada sahabat sekalian...:


Tip 1: Lighting for flower pictures   

Cuaca yang amat panas adalah masa yang tidak sesuai untuk shoot gambar bunga... Ini kerana, cahaya matahari yang terlalu terang  akan 'wash out'  kita punya image dan akan membuatkan shadow yang terang/ kuat.

Jadi, langkah yang perlu diambil adalah JANGAN shoot gambar bunga waktu panas.... Pergilah ketika cuaca mendung ke, awal pagi ke, waktu petang ke.........pendek kata., jangan waktu panas..That's it..!
Cahaya matahari yang tak panas, akan menerangkan lagi warna kuntuman bunga tu ( more saturated )....


Tip 2: Level with the flowers                 

Untuk kelihatan unik dan menarik bunga tu, kita perlu ambil gambar dari pelbagal angle/ posisi... Janganlah kita hanya berdiri depan bunga tu dan shoot it.....Cubalah ambil gambar bunga yang posisinya sama  dengan mata kita. Cuba juga dari sudut atas bunga dan sudut bawah bunga. Cuba juga dari jarak dekat dan jauh, test tengok macam mana hasilnya.... Ini akan membuatkan gambar bunga itu kelihatan kreatif dan seronok melihatnya...Cuba lihat contoh gambar-gambar di atas.....InsyaAllah ia dapat membantu...


Tip 3 : Focus on the flowers

Pastikan bunga yang kita nak ambil tu ada 'focal point'. Maksudnya ada point yang menarik perhatian..Tak kiralah samaada kita ambil gambar bunga sekumtum ke.. atau lebih dari itu...Yang pasti ke mana point utama yang mata kita akan lihat....Cuba ikut photography rule of thirds dan elakkan diri kita ada bersama dalam gambar tu.....


Tip 4: Keep it steady

Gambar yang bergoyang ( shake ) akan merosakkan  sesuatu gambar tu..Jadi gunalah tripod..Kalau berat sangat nak bawak yang besar, mini tripod pun boleh digunakan jugak.......Terpulang.....


Tip 5: Add some spice / perasa to your flowers
Kita boleh cuba dengan cara yang lebih unik dan kreatif. Janganlah kita hanya shoot gambar bunga sahaja. Kita boleh frame gambar bunga tu bersama-sama dengan sesuatu yang natural dalam persekitaran. Contohnya gambar rama-rama ke...lebah ke...ladybird ke....Kalau  ada titisan air embun atau hujan pada kuntuman bunga tu, masukkan ia sekali......Ini akan kelihatan lebih menarik...Good luck!!