Welcome...

Dia Kekasih Allah

Monday, February 7, 2011

How to Photograph Stunning Waterfalls

 
Grampians National Park, Victoria, Australia



Waterfalls are some of the most beautiful natural features....Yang mana peluang yang tidak akan dilepaskan oleh penggemar-penggemar DSLR...But, how to photograph stunning waterfalls?  Hasil yang terbaik setelah mengambil gambar waterfalls adalah airnya kelihatan lembut ( silky water effect ). Ini tips nya:

1) Kita perlu guna Tripod untuk frame waterfall tu, supaya camera kita tak goyang. Ini kerana, silky water effect ni, kita perlu guna shutter speed yang lama. Contohnya 5 sec, 10 sec ke, 30 sec ke....Jadi,  untuk pastikan ia tak goyang, tripod mesti ada...Kalau tak ade jugak, carilah ape-ape yang boleh elakkan ia dari bergerak seperti batu ke, kayu ke, bag camera ke... dan banyak lagi.....Yang penting  ia mesti tak bergerak......

Setkan composition  image tu, untuk elak dari kawasan langit yang cerah atau kawasan bayang-bayang gelap ( dark shadow ). Ini akan memudahkan kita, untuk  dapat  balanced exposure.....

2) Guna  neutral density filter atau polariser filter. Ini untuk mengurangkan cahaya yang masuk ke dalam lens dan kita akan mampu menggunakan shutter speed yang perlahan..Guna ISO 100 atau 200 ( yang paling rendah ) untuk kurangkan noise.

3) Guna AV mode untuk kita setkan aperture lebih kurang f 16 - f 22. Dengan aperture ini, ia akan mengurangkan kadar shutter speed. Cuba try ambil gambar sekeping dua untuk dilihat hasilnya. Guna +/-  exposure compensation untuk gelapkan atau cerahkan exposure keseluruhan...

4) Guna kita punya camera self-timer untuk fire the shutter atau pun gunakan cable release kalau kita ada. Self timer dan cable release ni, semuanye untuk elakkan dari camera bergoyang ( shake ) sewaktu kita tekan shutter camera tu...

### Tip tambahan: 

# Kalau mahukan composition yang menarik dan tertarik, kadang-kadang kita perlu turun ke dalam air tu...Yang biase menjadi masalah dan persoalan kita adalah tripod tak cukup besar/ berat kerana ia akan bergerak disebabkan air yang mengalir laju.....TAPI itu tak jadi masalah .....Cam mana nak buat? Ambil plastik bag kecil satu. Lepas tu isikan dengan air yang ada kat situ..Dah siap isi air, sangkut je kat tengah-tengah tripod tu...InsyaAllah ia akan dapat membantu.....

# Kalau boleh, guna telephoto zoom lens. Ini untuk memudahkan kita  zoomkan pada specific part of the waterfall.......InsyaAllah...


Sunday, February 6, 2011

Portraits and City Lights

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang budiman....:D Moga2 sihat selalu...dan happy-happy sokmo...( loghat Terengganu )..hehhe

Kali ni, Deen nak kongsi satu tips berkenaan portraits pada waktu malam yang berlatar belakangkan City Lights.... Maksud city lights ni...sebagai contoh bangunan- bangunan tinggi yang bercahaya...dan yang seumpamanye...Kalau tengok post Deen yang lepas, ada gambar pasal shoot waktu malam, yang ada bangunan-bangunan tinggi yang bercahaya...Antara contoh, seperti gambar itulah...Cuma, yang menjadi persoalan dari penggemar-penggemar DSLR adalah, cam mana nak shoot portraits dengan background city lights waktu malam di dalam keadaan cahaya yang kurang... ...Ini adalah soalan yang kerap di tanya...,

*** Kenapa gambar portrait saje yang cerah tetapi gambar city kat belakang jadi gelap kalau saya guna flash? Kalau tak gune flash, subjek portrait tu pulak gelap...background pulak yang  cerah.... Macam mane tu..?

Ini caranya:

Cara pertama kita boleh cuba dengan naik kan ISO ( lihat post yang lepas ). Tapi kadang-kadang, walaupun kita naikkan ISO, shutter speednya masih tak memadai lajunya atau aperture tu tak berapa sesuai untuk membuatkan portraits dan background tu sharp.

Cara kedua( the best !! ) adalah dengan menggunakan  flash." Ape!! Flash lagi?!!! ", jangan panik..hheheheh. Tapi ia lain kaedahnya...
Kaedah ini akan menggabungkan a burst of flash with a long shutter speed. Kelebihan ini adalah dipanggil ' slow- synch' flash technique. Ia mudah di set up pada kita punya DSLR dan menjadi hasilnya dengan menggunakan camera's built-in flash unit ( flash yang dah sedia ada atas kamera tulah..)...

Long shutter tu tak lah bermaksud sampai 10 sec, 20 sec....Ini memadai untuk ambil portraits..Contohnya selaju 1/2 sec...

Kita perlu menggunakan AV mode dengan flash di set up ke slow-synch . Ini amat perlu dan bagus hasilnya for street portraits waktu malam...
  
 Flash itu sendiri akan membuatkan, subject ( portraits ) kat depan akan cerah dan pada masa yang sama, long shutter speed berlaku, yang membuatkan city lights yang menjadi background kita tu akan cerah juga...


Just press pada button seperti gambar di atas. Setakat yang saya tahu, button seperti ini ada pada nikon dan canon ).Selain dari jenis itu , kita perlu masuk dalam menu...Dan pilih simbol seperti di bawah yang ada gambar panah ke bawah dan perkataan slow....




Kalau ade perkara yang masih keliru, jangan malu..., jangan segan.., tanye je.....InsyaAllah saya akan bantu......



Eyes and Face position

 Melbourne Royal Botanical Garden

Portrait photography tidak perlu selalu di shoot seperti traditional punya gambar. Maksud traditional di sini, ialah kepala  hingga kaki atau kepala hingga bahu dan tangan. Jangan takut untuk zoom lebih sikit untuk menampakkan lebih ke arah muka. Meletakkan  kedua-dua mata di penjuru atas, akan membuatkan composition yang menarik perhatian...

Satu tip lagi yang saya nak bagi ialah untuk menampakkan ia lebih kreatif, try lah juga shoot beberapa portraits without any direct eye contact. Tak perlulah kita selalu paksa anak-anak kita atau sape-sape jelah untuk tengok kamera... Contohnya, bagi subjek kita tu duduk atas kerusi ke.... sambil melihat ke arah tingkap atau pintu. Kita akan dapat composition yang cantik di sini..Tambah-tambah lagi, ada cahaya yang menyinari wajah subjek tu....Untuk lebih menarik composition nye lagi, bagi dagu/ chin kita punye subjek tu rest atas tangannye....

Macam contoh di atas, anak saya  sedang tengok ke bawah sambil pegang pokok... At the same time, ada cahaya yang menyinari wajahnye....Ia akan nampak lebih kreatif ....

Saturday, February 5, 2011

Circular Polariser Filters

Mount Grampians National Park 

Circular Polariser Filter ni boleh dikatakan Wajib ADA, bagi setiap photographer yang suka akan landscape photography.... Untuk landscape pada waktu siang hari, pastikan ia selalu terpasang pada lens kita....

Hasilnya sangat brilliant untuk boosting colour dan increasing the contrast of blue skies....At the same time, enhancing the detail in white clouds too....Tengok contoh seperti gambar di atas, awannya nampak jelas bentuknya dan colournya putih elok...Langitnya biru memancarkan. Nampak keserasiannye...hehhehehe

Caranye, pusingkan bahagian depan filter...Kerana circular polariser ada dua lapis, satu yang bergerak( depan ) satu yang tak bergerak( blkg ). Apabila kita pusing filter tu, kita cut out more or less of the unwanted polarised light.

Ia juga boleh kurangkan reflections. Contohnya glare/ silau dari tasik atau sungai .... yang membuat tasik atau sungai itu kelihatan transparent/ jernih.Tapi,.ia juga boleh tingkatkan reflection...Yang ni, kita kena cuba dan cuba dan cuba...Pusing perlahan-lahan, dan tengok kesan nye....Tengok ade perubahan tak pada langit tu...Kalau tak ade langit, pada pokok ke dan yang seumpamanye..

### TIP RAHSIA
1) Untuk kesan yang sepenuhnya, kita perlu guna filters ni dengan matahari berada di sisi kita. Maksudnya di sini, matahari tu berada 90 degree dengan image yang kita nak shoot tu....Filters ni tak akan membantu sekiranya kita shoot direct atau membelakangi matahari....Saya harap sahabat faham....

2) Perlu di pusing/ di set balik filter tu setiap kali kita berubah arah...

### Awas!!! Sewaktu pusing filter tu, kita perlu pusing ikut arah jam.Sama arah dengan arah kita pasang filter tu...Saya bimbang filter tu akan tercabut kalau kita pusing arah yang bertentangan..( pernah terjadi pada saya..ish..ish..ish.)
Try your best!!






Open your eyes and open your lens.....

Friday, February 4, 2011

Rule of Thirds

My daughter at Tesselaar Tulip Festival, Melbourne


Composition adalah sesuatu perkara yang perlu kita tahu untuk membuatkan gambar yang kita ambil tu tak kelihatan boring dan tak mengantuk...hehhee...Antara salah satu caranya adalah dipanggil Rule of Thirds. Ia adalah sesuatu yang basic yang patut kita tahu....Ia nya macam ni, tengok contoh seperti di atas. Terdapat 2 garisan melintang dan  menegak. Membuatkan ia ada 9 bahagian. Ada 4 titik bersilang di situkan? So, di 4 titk itulah adalah merupakan pilihan untuk  kita letak subjek/ image/ focal point yang strong...
Seperti gambar di atas, saya meletakkan muka anak saye tu dititik bersilang sebelah kanan atas...Bukan kaedah itu saja, kita juga diberi 4 ' lines ' yang berguna untuk kita letak image / subjek utama kita...

Secara teorinya, image yang kita letak di titik bersilang atau di sepanjang garis itu akan membuatkan ia kelihatan more naturally dan more balanced. Ini kerana, studies telah menunjukkan bahawa mata manusia ni tidak akan kaku, dan lebih active bila melihat image yang berada di titik2 itu. So, perasaan kita akan lebih happy dan tak boring... Kita ambil contoh gambar pasport. Di letakkan di tengah2 frame. Macam  mana kita nampak? Kaku dan boringkan? Itulah sebabnye.........

Wednesday, February 2, 2011

Try silhouettes

Mount Grampians


Kalau kita ambil gambar berdepan dengan matahari ataupun satu cahaya yang sangat terang , ia akan menghasilkan gambar yang membuatkan subjek seperti pokok, orang, batu, bangunan, pokok kelapa dan ape-ape jelah menjadi gelap/hitam. Background akan kekal seperti biase. Ape yang kekal seperti biase di sini bermaksud cahaya yang menyinari subjek itu.

Sebagai contoh, gambar di atas di ambil sewaktu awal pagi di mana matahari baru saja memancarkan cahaye. Pada pagi itu, cahayanye..., Subhanallah.., cantik sungguh... ada colour biru, pink ade sikit, oren ade sikit...very nice.. Di sini saya ingin bagi tips rahsia, biasenye untuk mendapatkan cahaya seperti itu, kita perlu pergi selepas perubahan musim...Contohnye.., katakanlah malam ni hujan, jadi besok pagi iaitu waktu sunrise, InsyaAllah, ia adalah waktu terbaik untuk keluar menembak ( ambil gambarlahh, bukan tembak burungg...hehehe ). Samalah juga caranye untuk ambil gambar sunset..

Berbalik cite kite pasal silhouettes ni... Bila kite shooting untuk silhouette ni, pastikan kita mendapat gelap atau hitam yang cukup. Caranya, dengan melaraskan Exposure Compensation to -1 or -2 stops untuk hasil yang terbaik... GOOD LUCK SAHABAT!!