Welcome...

Dia Kekasih Allah

Sunday, February 6, 2011

Portraits and City Lights

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang budiman....:D Moga2 sihat selalu...dan happy-happy sokmo...( loghat Terengganu )..hehhe

Kali ni, Deen nak kongsi satu tips berkenaan portraits pada waktu malam yang berlatar belakangkan City Lights.... Maksud city lights ni...sebagai contoh bangunan- bangunan tinggi yang bercahaya...dan yang seumpamanye...Kalau tengok post Deen yang lepas, ada gambar pasal shoot waktu malam, yang ada bangunan-bangunan tinggi yang bercahaya...Antara contoh, seperti gambar itulah...Cuma, yang menjadi persoalan dari penggemar-penggemar DSLR adalah, cam mana nak shoot portraits dengan background city lights waktu malam di dalam keadaan cahaya yang kurang... ...Ini adalah soalan yang kerap di tanya...,

*** Kenapa gambar portrait saje yang cerah tetapi gambar city kat belakang jadi gelap kalau saya guna flash? Kalau tak gune flash, subjek portrait tu pulak gelap...background pulak yang  cerah.... Macam mane tu..?

Ini caranya:

Cara pertama kita boleh cuba dengan naik kan ISO ( lihat post yang lepas ). Tapi kadang-kadang, walaupun kita naikkan ISO, shutter speednya masih tak memadai lajunya atau aperture tu tak berapa sesuai untuk membuatkan portraits dan background tu sharp.

Cara kedua( the best !! ) adalah dengan menggunakan  flash." Ape!! Flash lagi?!!! ", jangan panik..hheheheh. Tapi ia lain kaedahnya...
Kaedah ini akan menggabungkan a burst of flash with a long shutter speed. Kelebihan ini adalah dipanggil ' slow- synch' flash technique. Ia mudah di set up pada kita punya DSLR dan menjadi hasilnya dengan menggunakan camera's built-in flash unit ( flash yang dah sedia ada atas kamera tulah..)...

Long shutter tu tak lah bermaksud sampai 10 sec, 20 sec....Ini memadai untuk ambil portraits..Contohnya selaju 1/2 sec...

Kita perlu menggunakan AV mode dengan flash di set up ke slow-synch . Ini amat perlu dan bagus hasilnya for street portraits waktu malam...
  
 Flash itu sendiri akan membuatkan, subject ( portraits ) kat depan akan cerah dan pada masa yang sama, long shutter speed berlaku, yang membuatkan city lights yang menjadi background kita tu akan cerah juga...


Just press pada button seperti gambar di atas. Setakat yang saya tahu, button seperti ini ada pada nikon dan canon ).Selain dari jenis itu , kita perlu masuk dalam menu...Dan pilih simbol seperti di bawah yang ada gambar panah ke bawah dan perkataan slow....




Kalau ade perkara yang masih keliru, jangan malu..., jangan segan.., tanye je.....InsyaAllah saya akan bantu......



Eyes and Face position

 Melbourne Royal Botanical Garden

Portrait photography tidak perlu selalu di shoot seperti traditional punya gambar. Maksud traditional di sini, ialah kepala  hingga kaki atau kepala hingga bahu dan tangan. Jangan takut untuk zoom lebih sikit untuk menampakkan lebih ke arah muka. Meletakkan  kedua-dua mata di penjuru atas, akan membuatkan composition yang menarik perhatian...

Satu tip lagi yang saya nak bagi ialah untuk menampakkan ia lebih kreatif, try lah juga shoot beberapa portraits without any direct eye contact. Tak perlulah kita selalu paksa anak-anak kita atau sape-sape jelah untuk tengok kamera... Contohnya, bagi subjek kita tu duduk atas kerusi ke.... sambil melihat ke arah tingkap atau pintu. Kita akan dapat composition yang cantik di sini..Tambah-tambah lagi, ada cahaya yang menyinari wajah subjek tu....Untuk lebih menarik composition nye lagi, bagi dagu/ chin kita punye subjek tu rest atas tangannye....

Macam contoh di atas, anak saya  sedang tengok ke bawah sambil pegang pokok... At the same time, ada cahaya yang menyinari wajahnye....Ia akan nampak lebih kreatif ....

Saturday, February 5, 2011

Circular Polariser Filters

Mount Grampians National Park 

Circular Polariser Filter ni boleh dikatakan Wajib ADA, bagi setiap photographer yang suka akan landscape photography.... Untuk landscape pada waktu siang hari, pastikan ia selalu terpasang pada lens kita....

Hasilnya sangat brilliant untuk boosting colour dan increasing the contrast of blue skies....At the same time, enhancing the detail in white clouds too....Tengok contoh seperti gambar di atas, awannya nampak jelas bentuknya dan colournya putih elok...Langitnya biru memancarkan. Nampak keserasiannye...hehhehehe

Caranye, pusingkan bahagian depan filter...Kerana circular polariser ada dua lapis, satu yang bergerak( depan ) satu yang tak bergerak( blkg ). Apabila kita pusing filter tu, kita cut out more or less of the unwanted polarised light.

Ia juga boleh kurangkan reflections. Contohnya glare/ silau dari tasik atau sungai .... yang membuat tasik atau sungai itu kelihatan transparent/ jernih.Tapi,.ia juga boleh tingkatkan reflection...Yang ni, kita kena cuba dan cuba dan cuba...Pusing perlahan-lahan, dan tengok kesan nye....Tengok ade perubahan tak pada langit tu...Kalau tak ade langit, pada pokok ke dan yang seumpamanye..

### TIP RAHSIA
1) Untuk kesan yang sepenuhnya, kita perlu guna filters ni dengan matahari berada di sisi kita. Maksudnya di sini, matahari tu berada 90 degree dengan image yang kita nak shoot tu....Filters ni tak akan membantu sekiranya kita shoot direct atau membelakangi matahari....Saya harap sahabat faham....

2) Perlu di pusing/ di set balik filter tu setiap kali kita berubah arah...

### Awas!!! Sewaktu pusing filter tu, kita perlu pusing ikut arah jam.Sama arah dengan arah kita pasang filter tu...Saya bimbang filter tu akan tercabut kalau kita pusing arah yang bertentangan..( pernah terjadi pada saya..ish..ish..ish.)
Try your best!!






Open your eyes and open your lens.....

Friday, February 4, 2011

Rule of Thirds

My daughter at Tesselaar Tulip Festival, Melbourne


Composition adalah sesuatu perkara yang perlu kita tahu untuk membuatkan gambar yang kita ambil tu tak kelihatan boring dan tak mengantuk...hehhee...Antara salah satu caranya adalah dipanggil Rule of Thirds. Ia adalah sesuatu yang basic yang patut kita tahu....Ia nya macam ni, tengok contoh seperti di atas. Terdapat 2 garisan melintang dan  menegak. Membuatkan ia ada 9 bahagian. Ada 4 titik bersilang di situkan? So, di 4 titk itulah adalah merupakan pilihan untuk  kita letak subjek/ image/ focal point yang strong...
Seperti gambar di atas, saya meletakkan muka anak saye tu dititik bersilang sebelah kanan atas...Bukan kaedah itu saja, kita juga diberi 4 ' lines ' yang berguna untuk kita letak image / subjek utama kita...

Secara teorinya, image yang kita letak di titik bersilang atau di sepanjang garis itu akan membuatkan ia kelihatan more naturally dan more balanced. Ini kerana, studies telah menunjukkan bahawa mata manusia ni tidak akan kaku, dan lebih active bila melihat image yang berada di titik2 itu. So, perasaan kita akan lebih happy dan tak boring... Kita ambil contoh gambar pasport. Di letakkan di tengah2 frame. Macam  mana kita nampak? Kaku dan boringkan? Itulah sebabnye.........

Wednesday, February 2, 2011

Try silhouettes

Mount Grampians


Kalau kita ambil gambar berdepan dengan matahari ataupun satu cahaya yang sangat terang , ia akan menghasilkan gambar yang membuatkan subjek seperti pokok, orang, batu, bangunan, pokok kelapa dan ape-ape jelah menjadi gelap/hitam. Background akan kekal seperti biase. Ape yang kekal seperti biase di sini bermaksud cahaya yang menyinari subjek itu.

Sebagai contoh, gambar di atas di ambil sewaktu awal pagi di mana matahari baru saja memancarkan cahaye. Pada pagi itu, cahayanye..., Subhanallah.., cantik sungguh... ada colour biru, pink ade sikit, oren ade sikit...very nice.. Di sini saya ingin bagi tips rahsia, biasenye untuk mendapatkan cahaya seperti itu, kita perlu pergi selepas perubahan musim...Contohnye.., katakanlah malam ni hujan, jadi besok pagi iaitu waktu sunrise, InsyaAllah, ia adalah waktu terbaik untuk keluar menembak ( ambil gambarlahh, bukan tembak burungg...hehehe ). Samalah juga caranye untuk ambil gambar sunset..

Berbalik cite kite pasal silhouettes ni... Bila kite shooting untuk silhouette ni, pastikan kita mendapat gelap atau hitam yang cukup. Caranya, dengan melaraskan Exposure Compensation to -1 or -2 stops untuk hasil yang terbaik... GOOD LUCK SAHABAT!!


Tuesday, February 1, 2011

Shooting at night? Which ISO setting should we use?

Bila kita nak set ISO, a good rule untuk kita ikut ialah selalulah guna ISO 100 atau Iso 200 ( yang palinggg... rendah ) melainkan kita rasa ianya perlu ditukar sangat-sangat. Lagi tinggi ISO, akan naikkan lagi sensitivity sensor camera kita. Jadi, kita bolehlah ambil gambar di mana cahayanya kurang. Biasenya masalah yang kita sering hadapi pada waktu malam ialah shutter speed akan jadi perlahan kerana disebabkan cahayanya kurang.. Dalam situasi begini, bolehlah dinaikkan ISOnya. Naikkan ia sikit demi sikit. Contohnya, bermula dengan ISO 300, diikuti 400 dan seterunya...

Tapi, perlu diingat, lagi tinggi nilai ISO itu, gambar akan bertambah noisy. Maksudnya, gambar tu kalau kita zoom sikit, akan kelihatan pecah.. Jadi, tip rahsia untuk mendapat atau mengekalkan kualiti sesuatu gambar, pastikan kita guna ISO yang paling rendah, setakat yang termampu.....

Kita tak semestinya perlu naikkan selalu nilai ISO itu, jika kita mahu ambil gambar di mana cahayanya kurang...TAK SEMESTINYA....Ini kerana, kalau kita ada guna tripod ataupun kita switch on flash, kita perlu kekalkan ISO yang paling rendah.....tak perlu naikkannya...

### Contohnya di sini, untuk buat kita lebih faham... Ada satu pokok bunga dalam pasu di tempat yang kurang cahaya.Cam mana kita nak set ISOnye..? Mudah jeee.. Kita naikkan ISOnye untuk kita elakkan blur. Ia lagi baik, kelihatan noisy sedikit daripada gambar bunga itu nampak blur sekiranya kita tak pakai tripod. SETUJU!!! Juga di sini, saya ingin berkongsi dengan anda, lagi tinggi nilai ISO, ia boleh jadi a good alternative daripada kita guna flash. Dengan flash, kita kekalkan ISO rendah, tapi ia akan ada bayang-bayang ( shadow ), lagi2 kalau kita guna direct flash ( pop-up flash )...